Autumn Trip 2019: Gibraltar

~ 26 Oct 2019 ~

Skali pandang kat map Gibraltar seakan-akan sebahagian daripada Spain. Tapi realitinya Gibraltar ni adalah sebuah negara dibawah jurisdiction UK tapi technically bukanlah part of UK. Currency yang digunakan adalah GBP.

Kedudukan Gibraltar dalam peta

 

Ramai juga yang buat day trip ke sini kalau stay kat Malaga, Ronda atau Seville. Kitaorg direct dari Granada ke Gibraltar. Perjalanan lebih kurang 3 jam kalau naik kereta. Since Morocco dalam itinerary kitaorg that’s why dari Granada ke Gibraltar dan dari Gibraltar kitaorg masuk Morocco dengan menaiki feri. Bagi memudahkan perjalanan, kitaorg bermalam semalam di Gibraltar so takde ler masuk Morocco waktu malam klu buat day trip.

Ada a few options utk ke Gibraltar dari Granada. Bagi menjimatkan masa kitaorg ambik GetTransfer dari apartment. Kos boleh tengok kat post berkenaan itinerary dan budget sebelum ni.

Tips:

  • GetTransfer/taxi dari Spain akan stop sebelum border Gibraltar (imigresen checkpoint) so kena jalan kaki untuk masuk imigresen.

Bila dah melepasi imigresen boleh naik taxi atau bas untuk ke town. Ada juga yg rajin jalan kaki dalam 15-20 minit.

Malam sebelum tu kitaorg dah survey macam mana nak ‘kill time’ kat Gibraltar sementara nak check in. Owner apartment tak bagi check in awal so nak tak nak kitaorg kena tunggu pukul 3pm. Based on research aku, ada taxi yang offer Rock tour so kena tanya driver taxi. Lagi satu option lepas aje imigresen masa nak kuar building ada satu kaunter yg offer Rock tour.

kaunter tiket rock tour

trademark UK, phone booth merah

Memandangkan kitaorg ni bawa luggage so agak sukar nak berjalan2 dengan bawa beg. Luggage storage plak hanya ada di Gibraltar Airport. So best option yang ada kitaorg kena ambik Gibraltar Rock tour so boleh jalan2 sekitar Gibraltar sebelum check in. Beg boleh simpan dalam kenderaan bila stop kat mana2 tempat yg kitaorg visit.

Rock Tour Details:

  1. Pillar of Hercules
  2. St. Michael’s Cave
  3. Apes & View (Top of The Rock of Gibraltar)
  4. Great Siege Tunnels

Harga tour ni ialah GBP31/pax. Harga ni dah termasuk semua entrance fee.

Meh aku share gambar dan info yang tak seberapa untuk setiap tempat yang aku pegi. Tour ni ambik masa lebih kurang dalam 4 jam. Guide tu takdelah strict sangat pasal timing. Dia tunggu aje sampailah kitaorg semua ready nak gerak. So basically no rush, take your time untuk bergambar.

Pillar of Hercules

Masa Tony (nama guide kitaorg) explain pasal tempat ni, honestly aku tak ambik port sangat hehehehe sebab tak berapa nak minat pasal kepercayaan orang dulu-dulu. Maybe korang boleh google atau baca kat Wikipedia.  Kitaorg fokus untuk ambik gambar aje kat sini. 😉

Info: No entrance fee

view dari atas

St. Micheal’s Cave

Masa aku masuk dalam gua ni, terus teringat Jiuxiang Cave di Kunming. Nature made yang serupa cuma gua di Kunming tu lagi besar compare yang ni. Gua ni nampak cantik sebab ada lampu yang berwarna-warni.

Info: Entrance fee inclusive

aku rasa boleh buat event dalam ni sebab ada banyak kerusi

 

Apes & View (Top of the Rock of Gibraltar)

View kat ni sangat cantik… Subhanallah. Rock of Gibraltar ini dikenali sebagai Jabal Tariq masa zaman Andalusia. Tariq bin Ziyad  merupakan ketua yang memimpin tentera Islam dari Morocco. Beliau telah masuk melalui Gibraltar sebelum menakluk Spain.  Kedudukan Gibraltar ni sangat strategik kerana dari atas Jabal Tariq ini, boleh nampak perairan laut antara Morocco dan Spain.

Kat area ni banyak monyet. So berhati-hati tau sebab monyet kat sini agak berani dan agresif. Masa van kitaorg lalu, ada monyet yang naik atas bumbung. Tony dah siap stick dalam van, so bila kitaorg nak keluar kena tunggu dia bagi signal baru kitaorg keluar. Beg plastik berisi buah kitaorg sorok dalam beg supaya tak nampak.

Tips:

  • kalau bawa backpack atau apa jua jenis beg make sure letak bhgn depan kita. Monyet ni pandai buka zip beg.
  • jangan pegang sebarang plastik yang isi makanan sebab takut nanti monyet ambik.

 

Great Siege Tunnels

Tunnel ni dibina oleh tentera British untuk memantau perairan sekitar Gibraltar.  Actually tunnel ni panjang tapi kitaorg jalan half way aje hehehehe. Nampak tak sebenarnya kitaorg dah malas nak jalan hahahaha.

Info: Entrance fee inclusive

 

Spot paling best kat sini ialah kat area luar tunnel, korang boleh nampak Gibraltar Airport.  Gibraltar Airport ni terkenal sebagai salah satu airport yang bahaya. Flight yang mendarat atau fly dari sini akan lalu kat lane yang pendek dan melintas atas jalan raya so pilot yang bawa flight mestilah sangat expert supaya tak tersasar dari lane. Kalau nak tengok flight turun atau naik dari airport kena datang weekdays. Weekend hanya dapat tengok airport kosong.

landasan kapal terbang

 

Lepas dah abis tour, Tony hantar kitaorg sampai ke apartment. Since masih belum boleh check ini then kitaorg makan dulu kat halal food bawah apartment tu. Alhamdulillah senang takyah mengangkut beg jauh2.  Abis aje makan terus boleh check in.

Lepas dah settle solat dan rest kejap dalam pukul 4.15pm kitaorg jalan kaki ke town. Walk around kejap sekitar town tapi masa tu banyak gak kedai dah tutup dan nak tutup. Sempatlah cari souvenier untuk diri sendiri.

 

Kitaorg plan petang tu untuk menikmati sunset kat Europa Point. Dari town ambik bas #2 kat area bus station. Harga tiket bas GBP2.50/pax dan tiket ni valid 24jam. Tak perlu risau nak tekan loceng kat mana sebab Europa Point kat last stop so senang.

stesen bas dekat dgn gate ni

king fahd mosque kat area europa point

europa point lighthouse

sunset

Lepas abis melayan sunset, cuaca pun dah sejuk… kitaorg pegi masjid untuk solat jamak Maghrib-Isyak. Alhamdulillah abis round2 Gibraltar satu hari.

Till then c u in my next journey, Insya Allah…..

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s