Spring Trip 2018: Kashmir – Dal Lake & Srinagar

Berakhirlah sudah kembara aku ke Kashmir, Alhamdulillah… Tercapai juga niat aku untuk habiskan cerita Kashmir sebelum bermulanya pengembaraan lain.

Shikara Ride

Salah satu cara untuk menikmati view sekitar Dal Lake ialah dengan menaiki Shikara.  Shikara atau bot kayu ni sangat terkenal dikalangan pelancong yang melawat Kashmir, one of the Kashmir icon. Kitaorg tak perlu bayar naik Shikara ni, complimentary dari owner houseboat.  Aku tak sure semua houseboat bagi FOC ke tak klu stay kat houseboat diaorg. Korang kena tanya tau…. Klu tak termasuk pandai2lah korang nego.

Kalau ikutkan naik muak juga dah naik Shikara ni sebab itulah pengangkutan kitaorg pegi dan balik dari houseboat ke darat. Apa yang special Shikara Ride ni?  Kita akan dibawa pusing sekitar Dal Lake dan menyelusuri rumah sert kedai2 atas air. Slalunya trip ni termasuk singgah beberapa kedai pilihan yang mungkin owner bot dah deal dengan owner kedai. Kedai2 tu jual hasil kraftangan, baju, shawl dan lain2 yang dibuat oleh penduduk tempatan.

img_1984-1
shikara

dsc_0596

img_1436
peace.. suka sangat tengok view ni
dsc_0601
kedai baju atas air
dsc_0598
kedai runcit
dsc_0603-2
rumah kediaman
dsc_0594
hilang stress bila kuar dari rumah tgk view camni

dsc_0591

 

dsc_0586
mencari rezeki… fruit salad
dsc_0585
posing atas shikara hehehe
dsc_0608
singgah kedai yang jual barang hiasan dari kayu. 
img_1981
kusyuk…
img_1946
another kedai barang hiasan yang kitaorg singgah

img_1912

 

img_1959

Floating Market

Personally aku tak rasa special sangat floating market ni.  Bukanlah macam floating market kat Thailand tu. Floating market Dal Lake fokus pada jual beli sayur-sayuran aje between peniaga dengan peniaga atau peniaga dengan penduduk setempat (ni aku agaknya sebab tak tanya pun). Macam ala2 pasar borong pun ada.  Pelancong2 yang ada hanya sekadar untuk ambik gambar diaorg melakukan urusan jual beli aje.  Ada lah juga boat yang jual barang2 lain selain daripada sayuran. Tapi bot yang tu slalu akan approach tourist, so bertabahlah korang, once korang tanya harga barang memang diaorg ikut sampai korang beli. So kuatkan iman dan kalau takmo beli apa2 tolaklah cara elok.

Kitaorg gerak dr houseboat selepas subuh dan dapatlah tengok sunrise dari boat.  Aman dan sunyi aje rasa sebab rata2 semua mungkin masih syok berselimut dalam houseboat. Klu nak skip floating market ni pun aku rasa ok aje.

img_2089
matahari meninjau dari sebalik gunung
img_2147
sunrise

dsc_0612

 

dsc_0119
view di pagi hari
dsc_0673
roti
dsc_0660
tengah nego harga kot…

dsc_0652

img_6218

img_6213

img_6201

Srinagar Here and There

Aku hanya nak share gambar2 sekitar Srinagar yang aku dapat snap. Banyak tempat yang aku tak pegi kat Srinagar kerana tak cukup hari. Hehehehe secara umumnya bandar Srinagar ni biasa2 aje dan takdelah kotor sangat bagi aku.  Aku takleh nak compare dengan New Delhi sebab blum ada rezeki lagi untuk ke sana. Buat masa ni belum ada impian untuk pegi the other side of India.

img_1425
shopping shawl
dsc_0570
masjid

dsc_0568

 

dsc_0017
bas mini
dsc_0012
nak pegi sekolah… comei2 muka
dsc_0104
geram aje tengok buah2 ni

Pengalaman di airport plak, Alhamdulillah smooth sepanjang pemeriksaan.  Memang banyak pemeriksaan tapi tidaklah menyusahkan. Askar2 yang ada pun elok aje ramah. Korang ikut aje whatever prosedur yang diaorg tetapkan Insya Allah takde apa2.  Paling penting jgn sampai lewat kat airport.

Travel Tips:

  • Kat luar airport ramai org offer untuk angkat beg so klu larat handle sendiri beg kita samada nak masukkan dalam kereta atau pun nak turunkan dari kereta.  Diaorg kadang2 laju aje angkat tanpa permission kita. Klu dah terangkat, kena bayar tips kat diaorg.
  • Sim card India takleh digunakan di Kashmir. Kena beli sim card Kashmir di Kashmir.
  • Semua urusniaga dalam cash ya, make sure bawa cash secukupnya.

Aku mohon maaf klu ada kesilapan dalam penulisan aku ni. Aku cuba untuk share sebanyak mungkin sebagai panduan sahabat2 lain. Semoga bermanfaat…

Till then c u in my next journey, Insya Allah….

Advertisements

One thought on “Spring Trip 2018: Kashmir – Dal Lake & Srinagar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s