Advertisements

Spring Trip 2017: Kashmir – Sonamarg


~7 April 2018~

1st entry tentang Kashmir.  Secara jujurnya aku teragak2 nak menulis cerita pasal Kashmir.

Kenapa?

Kat IG ramai yang upload gambar travel diaorg kat Kashmir.

Kat FB (especially travel/backpacker groups) ramai yang dah share cerita, itinerary

… dan aku rasa cerita diaorg lebih menarik dari cerita aku. Hehehehe (aku tak pandai sangat nak menulis dan bercerita benornya😅)

Akhirnya aku mulakan juga entry pasal Kashmir since ramai yg bagi support kat FB Page dan IG aku. Thanks a lot pada semua yg memberi kata2 semangat. 😍😍

Entry pasal itinerary dan budget aku dah buat sebelum ni. Boleh refer kat –> SINI

Sonamarg… actually besar kawasan ni. Klu nak explore betul2 aku rasa tak cukup 1 hari. Tapi tempat yg slalu org pegi klu ke Sonamarg ialah Thajiwas Glacier. Setiap musim mempunyai kecantikan yang berbeza. Tapi klu pegi time summer, boleh ler buat junggle trekking dan aku rasa view mmg lagi superb kat area sini. Tiada kata yg boleh aku describe kecantikan Thajiwas Glacier dan aku bersetuju dgn panggilan Kashmir sebagai Swiss Asia. Of course tak akan dpt menandingi Switzerland 100% tapi klu rindu dgn gunung ganang yg diselaputi salji boleh ler datang sini.

Bagi sesiapa yg nak bermalam kat sini, ada beberapa tempat penginapan kat sini. Aku buat daily trip aje dari Srinagar. Perjalanan plus minus dlm 2 jam. Siap bawa bekal lunch (wife Mr. Goona masak) so xyah pening2 cari kedai.

Salah satu hotel yang aku jumpa sebab kete park kat sebelah hotel ni
Jalan depan skit dr hotel tu ada macam pekan kecik

Kuda adalah option yg ada utk explore Thajiwas Glacier. Aku tak sure ada ke tak orang jalan kaki. Sebenarnya aku agak serik nak naik kuda lepas pengalaman pertama aku kat Pahalgam. Tapi no choice sebab nak jalan kaki pun tak larat kot. Berserah dan bertahan ajelah 😂😂😂

Kenapa aku takut naik kuda? sebab aku takut jatuh. Macam2 dalam pikiran aku. Bila naik aje kuda aku remind guide aku tu make sure kuda tu tak berlari. Setiap 2 ekor kuda akan ada sorang guide yg jaga. So klu rasa nak berhenti ambik gambar boleh suruh aje dia berhenti.

Alhamdulillah aku dapat guide yg bagus dan pandai ambik gambar. Dia jaga kuda aku gan Betty. Lepas tu dia tau aje spot2 menarik utk stop bergambar.

Harga untuk naik kuda yang kitaorg dapat ialah INR800. Kitaorg round dlm 2 jam. Oklah harga tu, lagipun group aku ni ramai yg kaki bergambar…. banyakler pit stopnya.

Travel Tips: kalau rasa puas hati yang service guide tu, korang bagilah tips kat dia. Berapa? Terpulang….

Subahanallah! Seriously view kat sini mmg aku suka sangat! Rasa macam tak tahu nak ambik gambar yg mana. 😂😂😂 Rasa tamak plak, mana dengan nak tgk dengan mata, pastu nak gak ambik gambar. Personally aku rasa tempat ni takleh miss klu datang Kashmir. Rugi tau kalau tak ke sini.

Kalau aku tau secantik ini mau aku tido semalam kat sini. Tapi nak buat camne, cuti tak banyak pastu sibuk nak travel. So terpaksa give and take certain things. Alhamdulillah Ala Kulli Hal wa ni’mah, dapat juga sampai sini.

Selain bergambar aku main sliding. Skali main INR100, pusing2 kat atas snow. Kejap aje tapi klu nak merasa boleh ler. Klu nak jimat duit takyah main pun takper. Alang2 aku blum ada niat utk pegi mana2 negara masa winter so kena ambik peluang ni utk main snow puas2.

Ni epul… 1st time hp aku penuh dgn gambar potrait trip kali ni sebab jenjalan gan epul yg suka bergambar

Travel Tips: sepanjang perjalanan dari Srinagar banyak juga tempat yg menarik so make sure jgn tido ya.

Jom layan gambar sepanjang perjalanan ke Thajiwas Glacier.

On the way balik ke Srinagar kitaorg singgah kejap kat Canola Flower Field. Tepi2 jalan memang boleh nampak ladang canola yang sangat banyak… geram aje nak berhenti. Bukan boleh sebarang berhenti, kena cari tempat yg sesuai. Masa sampai tu cuaca mmg panas tapi demi sekeping gambar dgn canola, kitaorg redah juga.😅😅

Abis dah cete Sonamarg…

Till then c u in my next journey, Insya Allah…..

Advertisements
Categories: IndiaTags: , , , , , , , , ,

5 comments

  1. Assalamualaikum Kak Zura. Ramai sangat dah share tapi saya percaya lain orang lain pengalaman & cara penceritaan. Thanks for sharing ur stories. Kashmir lawa tapi belum sampai seru nak menjejak although ramai dah meracun.

    Liked by 1 person

    • Waalaikumussalam…
      Segan juga sebab akak ni sebenarnya tak pandai sgt menulis tapi just go with the flow. At least blog ni jadi kenangan gak kan. ☺️ terima kasih banyak2 atas sokongan dan sudi baca blog akak. Akak doakan semoga satu hari Bibie akan sampai ke Kashmir, Insya Allah.

      Liked by 1 person

  2. terima kasih kongsi cerita dan gambar2..:)
    memang cantik ya..view di Kashmir ni..patutlah ramai yang bercerita pasal keindahan Kashmir ni..

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: