Autumn Trip 2017: Iceland – Chasing Aurora Borealis

Melihat Aurora Borealis atau juga dikenali sebagai Northern Lights adalah impian aku dari dulu. Macam mana aku tau pasal aurora ni pun aku dah tak ingat.  Apa yang aku ingat ialah cahaya hijau dilangit yang memukau mata memandangnya. Subhanallah.  Aku tak reti nak explain macam mana auraro terjadi, so silalah google atau cari kat youtube ya.

The short answer to how the aurora happens is that energetic electrically charged particles (mostly electrons) accelerate along the magnetic field lines into the upper atmosphere, where they collide with gas atoms, causing the atoms to give off light

Source: Exploratorium.edu

Plan asal aku ke Iceland bukanlah untuk mengejar aurora tapi lebih kepada menjejaki lokasi filem Dilwale. Penangan tengok cete Shah Rukh Khan gan Kajol hehehehe. Bila aku research pasal Iceland aku memang tak research langsung pasal aurora samada dari segi timing ataupun lokasi.  Faidz adalah cakap serba skit pasal aurora tapi aku still tak terasa teruja sebenarnya.  Walaupun aku tidak menaruh harapan yang tinggi tapi aku tetap berdoa semoga Allah rezeki kami cuaca yang baik semasa di Iceland dan juga direzekikan untuk melihat aurora.

Faidz inform Insya Allah time aku pegi nanti high possibility ada aurora.  Lepas tu aku hanya research basic aje pasal aurora especially tentang camne nak capture aurora guna kamera aku.

 

Chasing Aurora #1

Hari pertama sampai di Reykjavik, Faidz dpt info yang malam sebelum kitaorg sampai kat area airport tu ada aurora.  Tapi masa kami sampai kat Iceland hujan renyai so possibility very low sebab kalau malam tak clear memang susah skit nak nampak.  Hujan terus turun sampai time kitaorg nak tidur so takde rezeki.  Aku pun dah letih benornya malam tu. Aim nak baring atas katil aje.

 

Chasing Aurora #2

Kali ni di area cottage yang kitaorg stay di Hellisholar.  Area ni antara main spot untuk tengok aurora.  Masa check in, lagi skali kami dapat tahu yang malam sebelum tu aurora menari-nari kat area tu.  Ya Allah masa tu aku dah bertambah excited untuk mencari aurora.  Tapi masih belum ada rezeki lagi, malam tu hujan renyai turun. Aku masih terus berdoa….

 

Chasing Aurora #3

On d way balik dari Jokulsarlon antara aku sedar tak sedar sebab tertidur, Faidz minta aku tengok langit through handphone aku.  Aku tengok gelap aje, macam tak nampak apa-apa pun. Aku try snap guna dslr aku tapi still tak nampak apa2.  Faidz rasa dia nampak macam aurora tapi aku cakap gan Faidz nampak line ala2 bercahaya putih aje.  Kitaorg stop kejap tepi jalan untuk try snap tapi Faidz tak sure aurora ke bukan sebab dari mata kasar memang tak nampak hijau.

Kitaorg teruskan perjalanan ke cottage, so sampai aje kat cottage Faidz suruh aku setup dslr aku atas tripod.  Aku try snap a few pictures tapi macam takde pun aurora.  Since mengigil kesejukan kitaorg decide tunggu aje dalam cottage. Aku biarkan dslr tu atas tripod in case kot2 ternampak aurora senang skit terus snap aje.  Kalau ikutkan forecast aurora weak malam tu.  Since Faidz kata klu ada aurora dia akan call so kitaorg pun tidur dulu. Masih takde rezeki…..

 

Chasing Aurora #4

Masa pagi terakhir di Iceland cuaca sangat cerah dan cun.  Masa tu kami rasa Insya Allah ada rezeki malam ni. Kalau ikut aurora forecast website, aurora agak strong malam tu.  Towards petang sekitar Reykjavik cloudy dan hujan renyai kejap2.  Again aku tak letak harapan yang tinggi. Mungkin memang takde rezeki untuk tengok aurora.  Sampai kat bilik sebelum maghrib, lepas dinner mata pun dah layu.  Fazu check website semula dan forecast aurora malam tu dah bertukar ‘very weak’.  So aku decide untuk tidur since pukul 4.30am nak ke airport.

Patutnya pukul 9pm jumpa Faidz kat area lobi untuk keluar cari aurora.  Hazilah dan Warda kejut aku, kot2 aku nak pegi.  Dah mengantuk memang takdelah aku nak pegi.  Hazilah inform Faidz yang kitorg takmo keluar malam tu.  Tapi Faidz cakap Insya Allah ada aurora cuma kena pegi jauh skit dari Reykjavik.  4 orang travel buddy aku decide untuk keluar since aku dan Fazu takmo pegi.  Bila Faidz dapat tahu aku takmo pegi, dia paksa kawan2 aku kejut juga aku dari tidur.  Masa tu Ya Allah, hanya Allah aje yang tahu betapa malasnya aku nak bangun.  Akhirnya aku bangun juga dari katil. Tanpa perasaan aku bersiap.

Masa dalam kereta Faidz inform yang perjalanan ambik masa 2 jam tapi tiba-tiba dah sampai.  Rupanya Faidz pegi ke spot aurora dekat area Reykjavik aje dalam 40 minit camtu dari hotel.  Sampai kat parking, masa tengah setup tripod kat dalam kete tiba2 Faidz ketuk tingkap.

“Cepat kak, cepat”….

Dengan tak tentu arah aku bagi kamera ke Faidz dulu.  Aku masih tak settle gan tripod  aku. Lepas tu Faidz terus tunjuk kat screen kamera aku… AURORA! dengan pantas aku terus letak kamera atas tripod dan apa lagi snap sebanyak mungkin.  Masa tu aku tak nampak langsung aurora dengan mata kasar.  Aku halakan lense aku based on instruction Faidz aje.  Masa tengok gambar aurora kat screen kamera rasa macam mimpi tapi semua org excited.  Alhamdulillah…. #mydreamcometrue.  Aku almost putus asa sebenarnya tapi Alhamdulillah ada kawan2 yang begitu optimis.  Warda cakap, sekurang2nya kita keluar untuk malam terakhir, kalau tak dapat gak tengok aurora memang consider takde rezeki.  Rupanya Allah save the best for last.  So ibrah yang aku belajar, #nevergiveup.

Cuaca sejuk memang tak terkata masa abik gambar aurora ni.  Badan aku dah mengigil sebenarnya, tapi demi aurora kenalah bertahan.  Walaupun mula2 sekadar tengok di screen kamera tapi makin lama aurora makin strong dan Subhanallah, Alhamdulillah kitaorg dapat tengok dengan mata kasar.  Masa tu speechless dan excited sangat.  Suddenly nampak plak dancing aurora dengan diselangi warna purple dan merah. Masya Allah…….

Selama 2 jam kami berpeluang melihat aurora tanpa henti sampailah bateri kamera aku abis.  Actually ada bateri spare tapi since masa tu dah pukul 12 tengah malam, beg pun belum kemas, kitaorg pun decide balik hotel.  Berakhirlah pengalaman melihat aurora kami.  Masing2 dalam van sangat excited bercerita dengan penuh senyuman.  Boleh tidur lena malam ni.

Secara jujurnya apa yang aku tulis ni tak mengambarkan realitinya perasaan dan keterujaan aku masa tengok aurora.  It’s hard to describe it through words.  Ibrah yang aku belajar bila kita dah impikan sesuatu buatlah sebaik mungkin hingga ke akhirnya.  Terima kasih Ya Allah kerana Kau gerakkan Faidz, Hazilah, Warda, Kak Nurul dan Kak Akma untuk mengejutkan aku dari tidur.

Walaupun gambar aurora yang diambil tidak sesempurna profesional photographer tapi Alhamdulillah cukup untuk dijadikan kenangan.  At least ada gambar untuk dilihat bila rindu mendatang… Rasa tak puas sebenarnya, Insya Allah another journey to chase aurora next time. When and Where? Aku pun tak pasti bila dan dimana aku akan melihat aurora lagi.  Hanya mampu berdoa dan Allah yang menentukannya….

Jom layan gambar aurora yang aku dan Fazu ambil…
IMG_7557

IMG_7558

IMG_7641

IMG_7644

IMG_7652

IMG_7654

IMG_7666

 

 

Berakhirlah kembara Iceland aku, dan paling bermakna disudahi dengan Aurora Borealis. Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akbar….

Till then c u in my next journey, Insya Allah……

 

 

13 comments

  1. Salaam Adik
    Perjalanan Adik is a Golden Circle or Ring Road route? Insya’Allah Kakak Akan ke Iceland bulan November. Buntu kepala alkisah lodging sebab Cuba ada Saturday driver aje.

    Like

      1. Yes. Insya’allah this sunday leaving for iceland. Excited but worried about weather. Is there any restriction on bringing food in?
        Thanks

        Like

  2. Subhanallah. impian saya juga. Baca patah demi patah buat air mata menitik. Moga suatu hari impian saya juga menjadi nyata. aamiin

    Like

      1. Salam kak, saya boleh share dengan saya tak itinerary akak ke iceland? sebab saya memang berminat nak mencari aurora jugak. so macam memang tengah research2 pasal ni. huhu. saya harap akak reply. thank you,

        kalau akak nak pm kat FB pun boleh je senang sikit nak sembang, haha. banyak benda nak tanya. Thanks again!

        Like

Leave a Reply