Autumn Trip 2017: Iceland – Jokulsarlon/Glacier Lagoon

~ 8 Oct 2017 ~

Hari ke 3 di Iceland… Pagi ni lepas siap masak utk bekal lunch dan makan breakfast. Kitaorg jalan2 sekitar cottage, ‘morning walk’. Ya Allah, aman aje rasa, kalau buat rumah area camni stress pun susah nak menjengah. 😀 

View dari meja makan
Breakfast pagi tu
 
Paling best area ni banyak dengan pokok2 ‘kuning’ barulah autumn trip.




Plan hari ni nak ke Jokulsarlon atau Glacier Lagoon. Tempat SRK dan Kajol menari atas iceberg. 😅😅😅 Perjalanan dari cottage ke sana dalam 4 jam, agak jauh gak. So hari ni consider pergi satu tempat aje.  Walaupun satu tempat aje tapi along the way kitaorg stop beberapa tempt yg menarik dan selamat untuk berhenti.  Meh layan gambar tempat2 yang aku stop by. Moss Field, river yang tak tahu nama dan lagi satu tempat yg aku pun tak tahu nama. 😂😂😂 

Entri ni mayb banyak skit gambar sebab realitinya masa kat sana adalah hari excited aku. So masa tulis entri ni pun aku masih excited tu yg nak share gambar sebanyak mungkin dengan kawan2 lain.
1st pit stop




2nd pit stop




3rd pit stop



Kitaorg sampai Jokulsarlon dalam pukul 1 lebih. Kat area ni ada souvenier shop dan toilet. Lepas dah discuss we all decide utk round area lagoon dan bergambar dulu. Lepas tu baru solat dan lunch. 

Masa kat sini bagi yang ada budget lebih boleh naik duck boat. Boat ni akan ke tengah lagoon so boleh ler tgk glacier dari dekat. Kitaorg tak naik boat sebab mmg tak allocate budget utk boat dari awal. So just bergambar kat tepi2 lagoon.  Harga duck boat berbeza ikut season. Klu masa autumn harga boat ISK5,500/pax, murah skit compare masa summer. Kalau summer harga boat ISK7,000/pax.  Boat ni akan mengelilingi lagoon dalam 30-40 minit.

Bila dah decide taknak naik boat kitaorg terus naik bukit kecik kat depan area parking tu dulu.

bukit kecik tu dekat gan area duck boat


Sampai aje kat atas… Subhanallah, Masya Allah tiada ucapan yg boleh describe view yg aku nampak. Honestly tengok gambar sangat tak sama dengan apa yg aku lihat di depan mata. Allahu Akbar…

Spot pertama kitaorg masa sampai sini. Kena naik bukit kecik skit


Masing2 bz bergambar
Paling best tak sesak dengan orang


Speechless.. dan aku tak boleh lupa sampai sekarang
Lunch time lepas dah bergambar…

Lepas aje abis solat dan lunch kitaorg gerak ke seberang plak, Diamond Beach.  Kat Diamond Beach korang boleh bergambar close up dengan glacier.  Bila black beach bertemu putih glacier, Subhanallah sangat cantik.


Untuk ke Diamond Beach tu kena jalan skit. Masa kat parking boleh nampak jambatan kat atas tu. 



Aku sebenarnya lupa pukul berapa kitaorg gerak balik. Tapi dah nak sunset gak klu tak silap. Alhamdulillah cuaca pun ok. Walaupun mula2 sampai mendung tapi eventually disinari matahari.  Masa on d way balik dapat ler snap lagi beberapa gambar.



Sebelum gelap sampai kat tempat tinggalan besi jambatan yang hanyut lepas runtuh. Faidz ada cete kisah jambatan ni tapi aku tak masuk kepala. Masa ni dah mula rasa sejuk malam. Aku snap 2/3 gambar then terus masuk van. Tak mampu nak stay lama2 kat luar. 


Berakhirlah perjalanan sehari kami ke Jokulsarlon. Alhamdulillah direzekikan utk melihat ciptaanNya yg tak boleh aku describe. Sampai saat aku menulis entri ni, aku masih merindui Iceland.  Camne nak move on ni 😅😅
Till then c u in my next journey, Insya Allah….

Advertisements

5 thoughts on “Autumn Trip 2017: Iceland – Jokulsarlon/Glacier Lagoon

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s