Ibrah Tsunami 2017: Itinerari Menyelusuri Banda Aceh

Salam semua….

Lama betul aku nak dapat mood untuk tulis  kembara aku ke Banda Aceh (29 April – 1 Mei 2017). Masa aku menulis entri ni, almost 4 bulan dah berlalu.

Sebelum baca kisah aku kat Banda Aceh, jom tengok itinerary aku selama 3 hari 2 malam kat sana. Walaupun 3 hari tapi sebenarnya aku jenjalan Aceh selama 2 hari aje. Punyalah nak save cuti, aku beli tiket AA weekend aje termasuk public holiday Hari Pekerja.  Selamat cuti aku…. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…  Memandangkan weekend dan public holiday, jangn expect aku dapat harga AA murah sangat hehehehe aku dapat dalam RM300++/pax.

Trip kali ni trip bersama 2 orang biras aku. 1st time jenjalan sama tanpa suami masing hehehe Nanti kita buat trip lagi ya. Ke mana kita? πŸ˜…πŸ˜…

Bye bye abang2 semua hehehe
International Airport Banda Aceh.

Day 1

  • Sampai kat Airport Banda Aceh dalam pukul 8.25am
  • Breakfast dulu
  • Kuburan Massal Siron
  • Muzium Tsunami
  • Kapal PLTD Apung 1
  • Muzium Rumah Aceh
  • Gunongan Taman Putroe Phang.
  • Kubah Masjid di Pekan Bada
  • Masjid Rahmatullah, Lampuuk
  • Pantai Lampuuk
  • Jalan2 area depn Hotel Medan

Day 2

  • Bukit Suharto
  • Pantai Pasir Putih
  • Kolam Air Panas
  • Rumah Pahlawan Aceh
  • Pasar Aceh
  • Kapal diatas rumah, Lampulo
  • Masjid Baiturahim
  • Pantai Ulele
  • Masjid Baiturrahman

Day 3

  • Balik ke KL, flight pukul 8.30am

 

Walaupun sekadar 2 hari, Alhamdulillah cukup untuk aku melihat tempat2 peninggalan kesan tsunami. Bagi sesiapa yg minat pulau dan snorkeling boleh pegi ke Pulau Weh/Sabang. At least tido 2 malam kat Sabang. Insya Allah next time aku nak bawa family aku ke Sabang plak. Since trip kali ni tak cover Sabang.

Bagi yang suka shopping jangan lupa singgah Pasar Aceh. Kat sini ada banyak pilihan baju muslimah dan tudung. Design cantik dan harga pun berbaloi.  Boleh bayar dalam MYR gak, so bawa ler extra MYR kot2 tak cukup Indonesia Rupiah. πŸ˜€πŸ˜€

Penginapan

Aku stay kat Hotel Medan, tengah2 Banda Aceh gak ler. Boleh aje jalan kaki ke Masjid Baiturrahman dalam 10-15 minit. Kenapa aku pilih hotel ni? Sebab area depan hotel ni banyak pilihan kedai makan (waktu malam) dan kedai souvenier.  So lepas maghrib boleh jalan2 cari makan dan beli buah tangan untuk keluarga di Malaysia.

Aku booking directly kat website Hotel Medan –> SINI. Aku ambik bilik jenis Triple Family Room since aku ber3 aje utk trip ni. Harga bilik Rp 440,000/room/night termasuk sarapan. Total untuk 2 malam Rp 880,000.

DSC_0064 (Large)

DSC_0245 (Large)
Family Room: 1 queen bed dan 1 single bed

Local Guide

Kalau sesiapa yg biasa pegi Indonesia, slalu kita akan ambik local guide untuk bawa kita jalan2. Cara ni lebih senang since local transport di Indonesia tak begitu praktika untuk kita jalan2 sendiri.  Bila guna local guide ni memang pantas aje perjalanan kita sebab tak ambik masa sangat, tu sebab 2 hari dah boleh cover tempat2 penting kat Banda Aceh ni.

Aku ada juga tanya 2/3 kawan contact guide diaorg. At the same time aku cari gak kat IG. At last aku pilih Fauzan untuk jadi local guide group aku.  Alhamdulillah service Fauzan tip top. Orang muda yg sangat rajin dan suka berjalan gak. Dia dah banyak kali jalan2 kat Msia. Ramai kawan Msia Fauzan ni.   Kalau ada yang nak guna khidmat Fauzan boleh check IG dia.  Fauzan charge per van ya bukan per pax.  Lagi ramai dalam trip korang lagi jimat sebab harga tu boleh divide ikut berapa orang.  Since harga per van so sorang ke, 2 org ke, 6 org ke sama aje harga.

fauzan and us
Kami ber3 dan Fauzan

Makanan
Kalau ke Aceh tak perlu risau pasal makanan.  Sangat senang dan Insya Allah halal. Kalau lapar just inform local guide.  Tak perlu nak bawa bekal dr Msia unless klu jenis memang tak boleh masuk makanan selain daripada masakan melayu.

Actually dah ramai yang pegi Aceh tapi Insya Allah aku akan tulis juga entri tempat2 yang aku pegi dan pandangan dari kaca mata aku. Apa yang penting lihatlah ibrah tsunami dari mata hati Insya Allah banyak yang perlu difikirkan untuk muhasabah diri.  Banda Aceh bukan sekadar untuk dilihat dan dilawati tapi apa kesannya yang boleh disematkan untuk peningkatan diri sendiri.  Semoga Allah buka mata hati kita semua dalam pemusafiran kita tidak kira kemana sahaja destinasi yang dituju.

Till then c u in my next journey, Insya Allah….

4 comments

  1. Assalamualaikum. Sy br blk dr holiday di aceh. Akak kena pg ke kapal diatas rumah. Dan dgr sendri. Kisah saksi hidup wak kolok.(nenek perempuan)
    Nenek ini saksi hidup yg ada didalam kapal yg mane tsangkut di atas rumah itu

    Like

Leave a Reply