Weekend Getaway: Royal Belum Escapade(2)

~DAY 2~ 

Lepas subuh aku dan roommate duk lepak2 atas katil berborak pasal masalah dunia. Hahahaha dunialah sangat…. masa duk borak2 tu rasa lapar giler sebab bau sambal nasi lemak yang sangat semerbak. Lepas melepak atas katil, beralih arah plak ke platform atas. Posing ler dulu sekali dua round.  

 

Tak ingat sape punya idea posing camni tapi aku sukaaaa
Another posing… memang sporting semua
Posing bayang2 pun jadi hehehe

Lepas dah kepenatan berposing dan dah mula terasa panas, kitaorg turun menikmati nasi lemak. Memang tip top makanan sepanjang kitaorg atas houseboat ni. Sangat sedap dan sangat berselera. Ke sebab memang asik lapar aje 😂😂😂

Kaum bapa plak lepas subuh sambung aktiviti memancing. Dalam Islam kita digalakkan untuk bangun pagi dan bertebaran mencari rezeki. Alhamdulillah  hasil pancingan pagi tu banyak. 

Senyum lebar dengan hasil pancing.


 

 Air Terjun Sungai Ruok

Hari kedua ni kitaorg ke air terjun aje. Kat sini ada kawasan ala2 kolam untuk mandi manda. Air terjun pun tak setinggi yang semalam. Tapi bagi yang nak ke kawasan air yang dalam skit, kena pakai life jacket. Kali ni jalan nak ke air terjun tu tak jauh sangat macam kat air terjun Kooi.
 


Akhirnya ada gambar aku dlm air wpun setengah aje. Fendi baik hati nak ambik gambar aku 😁😁😁

Memang semua orang happy sgt mandi manda kat sini. Aku pun tak perasan berapa jam kitaorg kat sini.  

Lepas balik dari mandi manda, sampai aje kat houseboat lunch dah ready. Apalagi aku pun makan dulu since bilik air pun ramai yang tengah tunggu turn untuk mandi.  

Bergambar depan houseboat sebelum balik ke KL

 

Mau pulang sudah…

Dalam pukul 11 malam aku sampai rumah. Berakhirlah trip Royal Belum Escapade selama 2 hari 1 malam.

Tercapailah impian yang disimpan sekian lama terpendam, Alhamdulillah.  Aku suka sangat sebab dikelilingi dengan kehijauan daun dan ketenangan air.  

For info; untuk trip Royal Belum ni actually ada banyak company yang in charge pakej houseboat. Boleh google aje. Trip aku ni guna service Caravan Serai. Alhamdulillah service ok, bas ok, houseboat ok; makanan paling OK (memang boleh makan nasi bertambah 2/3 kali hehehhe).  Kalau nak tahu pasal Caravan Serai boleh search kat FB ‘Royal Belum Houseboat’. 

Habis dah cerita pasal Royal Belum, so lepas ni aku kena sambung cete Lijiang/Kunming plak.  Susah kalau mood menulis duk melayang2 aje ni.  
Till then c u in my next journey, Insya Allah….

 

3 comments

Leave a Reply