~14 Dec 2016 ~
Jade Dragon Snow Mountain (JDSM) juga dikenali sebagai Yulong Mountain oleh masyarakat tempatan. Kalau kat Lijiang lebih senang mention nama Yulong Mountain. Sejujurnya aku tak pernah tahu kewujudan tempat ni. Allah rezekikan aku melihat gambar Missz Nur kat fb or IG aku dah tak ingat. Jatuh cinta pandang pertama… 💓💓💓
Selepas Beijing mmg aku tak pernah ada rasa nak ke China tapi bila tgk gambar JDSM terus aku berazam utk pegi tempat ni. Aku PM Misz Nur untuk tanya serba sedikit pasal tempat ni dan macam mana nak pegi. Since that aku dan start research although aku tak tahu bila aku boleh pegi. Cuti tak banyak dan aku dah ada plan utk 2016, so mcm susah nak selit plan ke Lijiang.
Tiada siapa dapat menandingi perancangan Allah. Patutnya aku ke Kashmir bulan Dec tapi terpaksa dibatalkan. Disebabkan minda dah set utk berjalan so ligat aje cari tempat ganti. memandangkan research dan tentative itinerary mmg aku dah buat apa lagi ke Kunming/Lijiang kita.
JDSM ni setinggi 4506 meter, kalau nak ke puncak kena naik lagi dalam 200 meter. JDSM ni terletak sejauh 20km dari Lijiang Town, almost 2 jam perjalanan, aku pun tak bape ingat sebab excited sangat. Korang jangan risau ya, sebab tak perlu nak hiking untuk naik ke atas. Ada cable car sampai ke aras 4506 meter. Kalau nak ke puncak aje kena jalan sikit.


Kalau based on pembacaan aku kat blog orang lain, AMS atau Acute Mountain Sickness mmg sangat common bagi sesiapa yang naik ke JDSM. Tapi ada juga yang OK. Aku plak still ada rasa takut kena AMS tapi dalam masa yang sama aku rasa sama aje macam aku naik Mount Titlis. Masa aku naik Titlis macam takde apa2 so dalam hati aku rasa Insya Allah takde apa2 kot kalau naik JDSM. Aku still beli pil altitude sickness untuk persediaan sebelum naik. Patutnya pil ni kena makan sehari sebelum tapi sampai Lijiang guide tu inform yang kena naik JDSM pagi tu.

Tips yang aku boleh bagi:
- jangan naik JDSM masa 1st day sampai Lijiang sebab takut badan letih lagi since naik train malam tu. (kalau korang ambik sleeper train ler)
- minimum stay 3 hari kat lijiang so pegi JDSM 2nd day. klu kena AMS at least malam tu boleh rest cukup2 kat bilik.
- beli oxygen at least 1 wpun korang rasa cam “kuat”. kalau nak naik puncak bawa 1 lagi spare. aku rasa oxygen tu sikit aje satu can.
- 3 kali sedut oxygen ya, bukan sekali aje supaya oxygen betul2 sampai ke otak kita.
- kalau memang dah rasa pitam atau kepala pusing teruk better terus ke cable car dan turun.
- bawa spare plastik kot2 muntah.
- make sure makan sebelum naik JDSM. pastu bawa spare food dan air.
- pegi toilet masa kat area nak tunggu shuttle bas untuk mengelakkan guna toilet kat atas JDSM. toilet kat atas sangat sangat sangat tidak menyelerakan. kalau dah terpaksa nak ke toilet, then guna ajelah.
Berapa kos yang terlibat?
Entrance fee: CNY130
Cable Car + Shuttle Bus: CNY200




















Kesejukan kat atas ni between 1 – 5 Celcius. Memang sangat sejuk. Tak lama lepas kitaorg sakan bergambar kat platform ni, masing2 dah mula kena AMS. Masa tu still ada semangat nak naik ke atas tu. Zaza duk cakap, kita naik perlahan-lahan kak. Tapi at last mmg tak mampu untuk meneruskan niat ke puncak. Dah sampai sini pun Alhamdulillah sebab dapat tengok view yang sangat cantik. Speechless…..
Till then c u in my next journey, Insya Allah……
kalau budak umur 2 tahun boleh naik JDSM tak?
LikeLike
nak tanya, sy tengok ramai visitor dalam gambar ni pakai jacket warna merah (gmbr sebelum gambar menunggu bas).. jacket tu wajib pakai ker atau disediakan untuk visitor yang takde jacket? sebab dalam blog lain pun kebanyakan mereka pakai jacket merah.. tq
LikeLike
Rasanya jaket tu kena sewa, saya tak sure sgt sebab kitaorg pakai jaket sendiri.
LikeLike
tq reply komen sy.. sy bakal pergi bulan 9 ni, agak-agak JDSM cantik tak pergi masa tu? atau wajib skip jer? hehehe..
LikeLike
Pegilah JDSM sebab icon lijiang gak tu. bagi saya JDSM cantik, doa dr skrg semoga direzekikan cuaca yang cerah ya
LikeLike
Bila nk g LG.. Jom teMan saya.0172583801.amalina
LikeLike
Memang ada hajat nak repeat Lijiang cuma saya tak sure bila. 😊
LikeLike
Atas gunung mcm di Jungfrau Joch di Switzerland. Cuma disini luas lg…nice photography. Kamera baru ek…
LikeLike
Tak pernah sampai Jungfrau lagi. Kamera lama dah pakai since 2014 😊
LikeLike