Winter Trip 2016: Kunming/Lijiang – Sleeper Train

Entri sebelum ni aku cerita pasal tempat penginapan di Kunming dan Lijiang.  Now nak cerita pasal keretapi malam plak. Aku dan kawan2 decide untuk tidur dalam train bagi menjimatkan masa.  Perjalanan dari Kunming ke Lijiang; dan dari Lijiang ke Kunming mengambil masa lebih kurang 9 jam.  Memang rasa rugi skit sebab tak dapat menikmati pemandangan luar tapi disebabkan nak memaksimumkan masa terpaksalah juga pilih train malam.

Ini consider pengalaman pertama aku tidur dalam train, dalam trip ni memang macam2 pengalaman pertama yang terjadi.  Apa2 pun Alhamdulillah  ‘Alla Kulli Hal dapat kawan2 yang support each other dalam menyelesaikan masalah. 

So macam mana nak beli tiket keretapi ni?

1. Tetapkan tarikh 

Make sure dah ada itinerary sebab at least dah tau tarikh bila nak beli tiket.  Actually tiket boleh beli on d spot kat Kunming Railway Station atau Lijiang Railway Station. Tapi aku advise belilah online bagi mengelakkan kekecewaan takut nanti kena bermalam kat railway station sebab tiket sold out.


2. Check ticket website online

Kalau google mungkin keluar beberapa opsyen pembelian tiket keretapi secara online. Aku booking online kat website CTRIP sebab dari pembacaan aku website ni agak reliable.  So kalau tanya pasal website lain aku tak berani nak komen.


3. Pilih destinasi dan tarikh

Bila masuk aje website CTRIP, pilih Trains lepas tu pilih destinasi From – To. Next pilih tarikh Depart

p/s: tiket boleh beli online 2 bulan sebelum tarikh, so kena alert sebab takut sold out kalau lambat.

Masukkan destinasi dan tarikh perjalanan
 


4. Pilih masa dan jenis seat

Lepas klik button Find trains, korang akan dapat page macam kat bawah ni.  Kalau ada button Book maknanya seats still available.  Kalau dah tulis SOLD OUT minta maaf banyak2 lah ya. 

Senarai train yang ada so pilih ikut masa

Slalunya ada 3 option seats; hard seat, hard sleeper dan soft sleeper untuk train malam.  Aku pilih soft sleeper sebab lebih privacy dan lebih selesa untuk perjalanan selama 9 jam.  Terpulang pada budget masing2 ya.  Soft sleeper slalunya 4 bunk bed satu cabin. Kalau pegi dalam group adalah lebih selamat dalam bilangan gandaan 4. Bukan apa, kalau tak cukup 4 satu cabin kemungkinan akan ada penumpang lain yang kita tak tahu jantinanya.  Untuk group gegirl sangat tak sesuai kalau tiba2 ada sorang penumpang lelaki dalam cabin tu.  Just make sure jaga aurat ya…

Kalau nak tahu apa maksud soft sleeper dan hard sleeper boleh baca kat SINI

Hard sleeper (photo:google)
Soft sleeper – VIP Room 3 katil satu cabin. Inilah bilik kitaorg
 

Asalnya aku beli soft sleeper yang 4 katil satu cabin.  Tapi masa nak pickup tiket ada masalah dengan tiket kitaorg.  So on d spot tukar ke VIP Room.

Sinki untuk cuci muka dan gosok gigi. Gambar toilet tak sanggup nak ambik.



5. Isi maklumat penumpang
Bila dah pilih masa yang sesuai dan tekan button Book, isi maklumat penumpang iaitu nombor passport, surname dan given name.  Kalau lebih dari sorang tekan button +add an adult. Maximum skali booking 4 orang utk soft sleeper.  So klu lebih 4 org, ulang step yang sama macam kat atas ya.

Bagi bahagian nama aku nak remind skit, MESTI SAMA MACAM DALAM PASSPORT.  Kesilapan aku ialah bila ada 2 kotak untuk nama (first name/last name atau surname/given name) aku slalu tak letak ‘bin atau binti’.  So untuk pembelian tiket train di China ni memang kena exact macam dalam passport termasuk ‘bin atau binti’.  

Before this bila aku beli apa2 online mmg jarang masukkan ‘bin atau binti’ sebab slalunya bila collect ticket dia hanya tengok booking number.  Paling koman pun diaorg double check passport number.  Pengalaman mendewasakan aku hahahaha tapi itulah pemanisnya bila dikenang2.

Isi maklumat penumpang
 

Masukkan juga nama dan email address contact person


6.  Buat pembayaran

Lepas dah isi semua maklumat dan double, triple check then klik button Pay.  Nak senang bayar pakai credit card aje. So nanti isikan maklumat credit card. Jumlah yang kena bayar ada kat tepi page skali dengan booking fee.

Payment page


7.  Cetak Booking Confirmation

Nanti booking details akan dihantar ke email address yang dimasukkan tadi.  Sila print sebab nanti nak kena bagi kat kaunter untuk pickup ticket.  Simpan juga softcopy sebagai backup.

Print ni dan tunjukkan kat kaunter. Bagi skali dengan passport


8. Ambik tiket dikaunter

Bila dah sampai Kunming atau Lijiang Railway Station, pegi ke kaunter tiket untuk ambik tiket train. Tunjukkan booking comfirmation dan passport.  Kat kaunter ni bersedialah untuk bercakap seperti ayam dan itik tapi kalau takde problem insya Allah smooth aje.  Just stanby google translate just in case nak berkomunikasi dengan staff kaunter. 

Dah settle ambik tiket bolehlah cari gate mana yang nak dituju.  Lepas tu cari compartment number.  Again aku lupa nak ambik gambar tiket sebab pikir nak tidur aje masa tu. Hehehehe

Train ticlet (photo: google)
Kunming Railway Station di malam hari
Kaunter ambik tiket di Kunming Railway Station
Lijiang Railway Station
Masa ni tgh menunggu train ke Kunming dari Lijiang
 
Itulah serba sedikit panduan mcm mana nak beli tiket train Kunming-Lijiang.  Hopefully senang difahami dan dapat jadi panduan.  Jika ada maklumat yang berubah dikemudian hari aku mohon maaf ya.  Segala apa yang aku tulis ni setakat pengalaman aku dalam bulan Dec 2016.  Sudilah juga kiranya klu korang dapat share info baru atau pengalaman lain dalam ruang komen.  Mana tau boleh jadi panduan untuk orang lain gak.

Till then c u in my next journey, Insya Allah….

24 comments

  1. as salam..sya nak g lijiang selasa depan..sy baru dpt confirmation tiket train..n ditulis seperti di bawah..perlu ke saya ke mainland chinese r/way stn..jauh tu….
    Ticket Pickup Guide:
    1) Please show the ticket pickup info and a valid ID for all passengers in the booking to the staff at the ticket window.
    2) For any passengers who is booking tickets for the first time, they must go to a mainland Chinese railway station with their ID to verify their identity before they will be allowed to collect their tickets.

    Like

      1. dari kunming…terus ke kunming railway la kan..lagi satu masalah nama..huaa…surname tu dia letak depan..so nama dah tunggang terbalik..ada isu ke…tapi nama semua ada sekali binti..contoh nama dalam passport muhamad nafis bin hanapi yg keluar kat e-ticket bin hanapi muhhamad nafis

        Like

      2. pasal surname kat depan, pengalaman saya dulu memang bermasalah. Officer tu taknak terima so dia memang suruh kitaorg beli tiket baru.
        so please prepare extra duit in case kena beli tiket baru.

        Like

  2. السلام عليكم
    Saya ni antara likers kak azura kt fb😁.
    Baru 1st time nak try naik train ke Lijiang dari Kunming. Kat Malaysia pun tak pernah naik train ktm tu😂.
    Jadi soalan saya, untuk luggage² kotak ni muat tak sumbat kt ruangan soft sleepers tu? Hehe😁

    Like

      1. Ohh…yang ada baggage saiz 20′-24′ jer ni😅. Nampaknya kena beli cabin luggage juga ni😃…hahaha…tq kak bagi nampak gambaran dikala saya dan kawan² kekusutan nak bawak bag apa ni…huhu😂almaklum la 1st pi China, naik train pulak tu..😁

        Like

    1. Ohh…yang ada baggage saiz 20′-24′ jer ni😅. Nampaknya kena beli cabin luggage juga ni😃…hahaha…tq kak bagi nampak gambaran dikala saya dan kawan² kekusutan nak bawak bag apa ni…huhu😂almaklum la 1st pi China, naik train pulak tu..😁

      Like

  3. Salam sis, nak tanya psl tren kunming-lijiang..masa collect tiket kt counter..kita bg diorg booking confirmation dan passport kan..ada tak mereka scan passport tu mcm kt airport..atau cuma nk tgk nama dlm passport je?

    Like

    1. Sebenarnya bergantung kepada petugas di kaunter tiket tu nanti. Tapi klu rasa wass2 dan date lambat lagi boleh ler cancel dan beli lain. Nanti akan dpt refund. Kalau date dah dekat tawakal aje pada Allah cuma kena prepare extra duit klu incase diaorg suruh beli tiket lain kat kaunter.

      Like

  4. Salam..hi.I nak tanya psl nama tu..if contoh Siti Sarah Binti Ghazali..so first and middle nama letak Siti Sarah..surname letak Binti Ghazali?

    Like

    1. Wsalam…
      wpun kena isi surname dulu, jgn letak nama ayah kita. Bukan ikut cara english name.
      Nanti bila print tiket akan tulis ‘surname given name’. So klu ikut passport nama kita Ali bin Abu. Surname = Ali, Given name = bin Abu. Apa2 pun double check masa confirmation page nama yg keluar adalah Ali bin Abu. Bukan Ali Abu atau Bin Abu Ali.

      Like

  5. Hi , boleh saya tahu you letak nama masa beli train tu macam mana ? Contoh Ali Bin Muhammad. So tulis first name Ali Bin and Last Name Muhmmad ke,

    Like

  6. Hello from Indonesia.
    Very helpful review.
    I want to know more about VIP cabin.
    1. Is the price shown on web (about 669 RMB) for a cabin or a person?
    2. When you upgraded from soft sleeper (max. 4 passengers in cabin) to VIP (max. 3 passengers in cabin), how about one of you? Bought a new ticket or the officer let 4 people stayed in VIP cabin?
    3. Is there any reducing ticket price for children?
    Thanks in advance.

    Like

    1. Hello sis.
      Thank you visit my blog and glad that my entry benefit you in any ways.
      1. If you bought online seems like the price stated if per person. But you may need to email them to confirm. But due to my problem ticket, they upgrade our cabin to vip cabin for 669 RMB per cabin not per person.
      2. Actually 6 of us. So when i bought soft sleeper, 4 of us in the same cabin but another 2 in the different cabin. So when they upgrade to vip cabin, we got 2 vip cabin so 3pax per cabin.
      3. I’m not sure there is any special rate for children or not.

      I hope my answer will help you and i’m sorry if it is not up to your satisfaction.

      Like

      1. Oh, I see.
        Thank you so much for your answers. I’m so glad to know the price is for 3 passengers in a cabin. I also found out that China gives special fare for kids. Here’s the source https://www.travelchinaguide.com/china-trains/types.htm

        Actually, I have lot of questions about Journey to Yunnan. Hope those don’t bother you. I am planning on going to Yunnan but I’m still waiting. Such waiting for Airasia promo. 😁

        How about halal food in Lijiang? And mosque? I know that there are muslims there, but is it hard to find them? Or, do you have any recommendation place?

        Did you go to Dali? Same question as above.
        😊

        Like

      2. Thank you for the info. 😍
        I found 3/4 halal restaurants in Lijiang town but I don’t know how to explain the direction. We accidently found the restaurant. But if you want I can email you the picture if the restaurant. Do give me your email add.
        I’m not going to Dali so I can’t share any info about Dali.

        Like

  7. oh.. dah boleh booking on line trainnya! 2014 dulu tak boleh . menggagau mintak travel company belikan and hantar ke hotel [ dengan penuh tawakal transfer duit kat dia…] :))
    sleeper tren beijing-xian -12 jam. sampai xian tak sanggup nak masuk toilet dia! sib tak batu karang tahan kencing!!

    Like

Leave a Reply