Winter Trip 2016: Kunming/Lijiang – Itinerary & Budget

Ni Hao!

Hampir 2 minggu aku balik dari Kunming-Lijiang. Berbagai cubaan dalam trip kali ni.  Memang menimba pengalaman betul.  Alhamdulillah dapat geng yang sporting dan memahami.  Sorry ya korang, hopefully tak serik untuk ikut aku next time. πŸ˜ŠπŸ˜‰

Macam biasa setiap kali lepas any trip, aku nak share itinerary dengan harapan kawan2 lain dapat ler jadikan sebagai panduan for your future trip Insya Allah.  

Total trip aku ni 5 hari 4 malam. Tapi bagi sesiapa yang plan nak pegi aku advise  6 hari 5 malam ATAU 7 hari 6 malam. Make sure stay kat Lijiang minimum 3 hari baru best.  Aku sangat suka Lijiang dan wpun pengalaman toilet kat China bukanlah satu pengalaman yang “indah” tapi aku tetap berhasrat untuk repeat Lijiang semula, Insya Allah.

Day 1
– Depart to Kunming
– Take night train from Kunming to Lijiang (9 hours)

Day 2
Jade Dragon Snow Mountain
Blue Moon Valley

Day 3
Lijiang Old Town tour
Mufu Mansion
Black Dragon Pool Park
Guanyinxia
Take night train from Lijiang to Kunming

Day 4
The Stone Forest
Kunming Juixiang Cave

Day 5
– Yuangtong Temple
– Green Lake Park
– Fly back to KL


Agak pack sebenarnya itinerary aku sebab ada tempat yg aku pegi unexpected dan ambik masa yg lama. Itu pun ada 1/2 tempat yg kitaorg cancel sebab tak cukup masa.  Tambahan plak kena AMS kat Jade Dragon Snow Mountain so impact pada body.  That’s why aku suggest at least 6 hari 5 malam.

Berapa total aku belanja? 

Setelah kira actual expenses, jumlah duit yang “berterbangan” ialah sebanyak RM3k.  Since ada suami dan anak2 kenalah beli souvenier utk diaorg. Lebih ler skit belanja.  Actually entrance fee kat Kunming-Lijiang ni consider mahal gak ler. Tapi orang kata dah sampai, masuk jugalah mana2 tempat2 yang menarik.

Budget vs Actual

Harga flight tu aku tak beli masa promo sebab decide last minute. Klu time AA promo boleh dapat murah lagi rasanya. Sebab pernah baca kat blog ada yang dapat harga RM400++.

Oh ya, jangan lupa apply visa kalau naknke China. Boleh baca entri sebelum ni kalau nak tahu proses apply visa sendirian berhad. 

Semoga dapat beri manfaat pada semua. Kalau rasa nak share dipersilakan tak perlu minta izin. Cuma klu nak guna gambar2 dalam blog ni aje klu boleh inform ya.

Till then C u in my next journey, Insya Allah….

44 comments

  1. Assalam kak Azura, saya plan nak pergi Yunnan ni bulan september, cuaca masa itu ok ke? Cantik ke permandangan? hehe.. Btw, boleh share kan excel expenses akak ke email saya aliasri11@gmail.com.. terima kasih banyak atas info

    Like

    1. Wsalam syakira… Sept tu maybe tak bape sejuk sebab baru lepas summer. Tapi better check kat google suhu semasa. Akak pegi time winter so mmg sejuk. Insya Allah nanti akak emel excel tu ya.

      Like

      1. Hi Azura,

        Btul ke 3k for 6 pax… Flight shj pon dh berapa ratus tu.. Hehehe…

        Anyway, I found your travelogue is very2 helpful.. Planning to go there as well.. This write up will definitely become my essential reference.

        TQVM & keep sharing ya..

        Like

  2. Salam Kak, ur blog byk sgt mmbantu ! thanks! Next month sy n husband nak pegi Kunming, nak tnya mcm mna nak dptkn tour guide kat sna?

    Like

  3. Hi Kak. Boleh tahu tak pocket wifi tu akak ambil yg mana. ? Brand Travel recommend Ke? Lepastu dia ada dua , without or with VPN. Mana satu ya nak ambil?

    Like

  4. salam, untuk internet access di china, which one is better, either buy a sim kad or rent pocket wifi from malaysia? tq

    Like

  5. Assalam Azura. Saya nak bawa anak umur 9 dan 7 tahun. Kalau sampai cable car sahaja, boleh kena AMS?
    Kalau sampai JDSM ni tapi tak naik cable car to peak, just jalan2 kat bawah je berbaloi tak?
    Info2 macam ni takde dalam blog lain.. : )

    Like

    1. Wsalam… sebenarnya ikut ketahanan badan individu. Saya sian gan anak2 sbb saya yg dewasa kena AMS pun agak lembik badan.
      Lagi satu maybe boleh try makan pil mountain sickness, cuba tanya kat farmasi ok ke tak utk kanak2.
      Klu kat JDSM tak berbaloi klu tak ke atas. So rasa rasa cuba minta advice doktor atau farmasi pasal pil tu. Saya ari tu ada beli juga tapi kitaorg makan dah lama so tak berkesan.
      Lagi satu make sure beli oksigen.

      Liked by 1 person

      1. Assalam Azura, thanks for your tips and advice. Alhamdulillah kitaorang dah selesai trip ke Lijiang last week. Kitaorang naik sampai atas JDSM (4506m sahaja), dan oxygen tu sangat membantu.. serius trip ke Lijiang, Yunnan ni memang full of adventure and fun.. Thanks again!

        Like

      2. Tak naik tangga sampai atas pun, anak2 dah start pening.. takut kena AMS teruk, terus turun.. maybe diaorang hyper sangat main snow..
        View memang superb.. subhanallah!

        Like

  6. salam zura, kalau akak pegi 7 hari, better ke Lijiang dulu atau cover Kunming dulu? nak bawak anak 6yrs naik JDSM ok tak? kalau naik cable car je .. tak terus memanjat view ok tak?

    Like

    1. Wsalam… better pegi Lijiang dulu. Anak kecik saya tak sure boleh tahan dengan mountain sickness atau tak. Sebab org dewasa pun ramai yg tak tahan. Klu tak mmg kena make sure botol oksigen kena ada. View dr cable car shj tak secantik kat platform atas. Terpulang pada akak.

      Like

  7. menarik akak pnya cerita ,saye akan ke sana bln december ni untk honeymoon , so suhu masa dec akak pergi ni mmg sejuk sgt ke ?

    Like

  8. Kos makanan tu macam sikit sangat. Harga makanan dia memang murah atau tak banyak spend duit on food sebab ada bawak bekal?

    Like

  9. Salam akak.sy nk g kunming mac ni. Nk tny, travel tour yg akak amek dr wonders of yunnan tu, akak amek utk ground arrangement everyday ke? Or like certain days and places je?

    Like

Leave a Reply