Cara memohon visa ke China

Sebelum ni aku pernah ke Beijing, masa tu travel agent yang settlekan semua. So memang tak ambik tahu cara nak apply visa. Aku tahu serahkan passport aje masa tu, pastu bila dapat balik passport visa dah tertampal dalam tu… memang senang hehehehe.

Next trip aku ke China aku urus sendiri so visa pun kena ler apply sendiri. Sebenarnya klu google banyak aje blog yang share cara nak apply visa ni, takper yek aku pun menyibuk nak share gak based on pengalaman sendiri. 😉

 

Langkah 1: Pastikan passport belum expired

Tarikh expired ni penting bukan untuk buat visa sebenarnya tapi untuk pegi travel. Klu dah expired camne nak gi jalan ye tak? Hehehehe Kalau dah dekat nak expired better pergi renew dulu atau pun pastikan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum expired.

 

Langkah 2: Isi borang permohonan


Ada 3 cara untuk isi borang ni, cara pertama boleh aje walk in terus ke Chinese Visa Application Service Centre dan terus isi borang kat sana. 

Cara ke2, korang boleh download dan print borang permohonan (PDF) pastu isi siap2 kat rumah.

Cara ke3, isi maklumat kat online form, bila dah siap terus print. Aku suka cara ni sebab takyah penat2 tulis tangan. Taip aje borang online tu so cantik skit tulisan.

  

Langkah 3: Dokumen sokongan yang diperlukan

Selain daripada borang permohonan ada dokumen2 lain yang perlu dibawa. Korang kena sediakan:-

1. 2 keping gambar background putih (cakap aje kat kedai gambar untuk buat visa China)
2. Passport asal
3. Salinan muka depan passport

Make sure photocopy 2 muka surat ni ya. Klu tak takleh submit application

4. Salinan flight ticket
5. Salinan tempahan hotel

Ok itu aje dokumen yang kena bawa masa nak submit borang permohonan.  

Segala dokumen yang dah lengkap

Senang aje kan? 3 steps aje dah boleh pegi ke Chinese Visa Application Service Centre untuk apply visa. Visa akan siap dalam tempoh 4 hari bekerja. Kalau submit hari Isnin, Khamis dah boleh collect.


Langkah 4: Pegi Chinese Visa Application Service Centre

Inilah bangunan Hampshire Park

Dah siap semua dokumen dengan lengkap, set tarikh yang sesuai utk apply visa. Aku sampai 8.30 pagi, masa tu dah ada org beratur kat depan pintu.

Masa que ni, pak guard tanya sapa yang nak borang. So boleh isi on the spot klu walk in terus

Chinese Visa Application Service Centre Kuala Lumpur
Level 5 (Application) & Level 6 (Collection)
157, Jalan Mayang Sari,
Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan
No tel: +60 3-2176 0888
Waktu Operasi: 9am – 4pm
Website: http://www.visaforchina.org/KUL_EN/




TIPS:

• Permohonan boleh diuruskan oleh wakil kalau pemohon melebihi seorang

• Pastikan permohonan visa adalah untuk single entry, double entries atau multiple entries. Harga visa berdasarkan pilihan entry.

• Elakkan submit hari Isnin sebab slalu ramai orang

• Datang sebelum pukul 9am tapi klu nak datang lambat boleh datang dalam pukul 11am

• Boleh set appointment klu malas nak beratur.

Ni que utk ambik nombor dalam pukul 10am, hari Selasa. Kira cam tak ramai sgtlah

 

Hopefully entry ni boleh dimanfaatkan.

Till then c u in my next journey, Insya Allah….

 

 

57 comments

  1. Assalamulaikum kak zura macam kita nak apply utk maid pulak,maksud nya saya nak bawak maid pergi ke china so apa dokumen yang patut saya bawak?

    Like

  2. Assalamualaikum. Terima kasih atas info yang bermanfaat. Nak tanya, kalau saya dan 2 org kawan saya nk pergi ke China, tapi dokumen visa (hantar dan ambik) kami diuruskan oleh org lain (bukan travel agent), boleh ke?

    Like

  3. Sy nak tanya.. sy nk apply visa tp hotel mmg xbooking lg. Mmg wajib ke booking dlu sblm buat visa sb plan smpi sn bru nk cari apartment.

    Like

  4. Salam sis..nak tnya kalau sy apply visa utk org lain boleh ke??sy nak apply visa utk satu family,tp sy sorg j yang pergi buat visa tu boleh k??atau memang semua yg nk buat visa tu kena hadir sama time nk apply tu??tq

    Like

      1. macam mana dengan ruang alamat setiap orang tu, memang kena alamat berbeza ke untuk setiap orang (contoh kita isikan borang untuk kawan ) dan macam mana dengan tanda tangan setiap borang tu

        Like

  5. I have noticed you don’t monetize your website, don’t waste your traffic, you can earn extra cash every month because you’ve got high quality content.

    If you want to know how to make extra bucks, search for: best adsense alternative Wrastain’s tools

    Like

  6. Hi. 2 passport pics tu, included yang kene paste on application form ke? or tak perlu tampal gmbar on form and just bagi je 2 pics tu masa nak submit all docs?

    Like

      1. hi…nk tny jap,kita nk buat visa tu dia akan ambik passport asal kita brp hari ke?sbb hb i keje sg,sbb tu risau kalu dia ambik passport asal g brp hr,hb nk msk sg keje camne ek…
        atau dia hanya ambik yg fotostat je?

        Like

  7. salam sis. jika saya nak ke china bulan 12 ni, tarikh untuk saya memohon saya bila yer sesuai? saya kurang faham sedikit pasal single entry 3 bulan tu. cthnya saya mohon visa bulan julai jadi untuk bulan 12 ni kira dh expired la yer visa saya tu?

    Like

    1. Wsalam…
      visa boleh apply bulan 11. Single entry tu klu kita plan pegi china skali tu aje. Klu dalam 6 bulan nak pegi china 2 kali then ambik multiple entry.

      Slalu visa boleh siap dalam 4 hari bekerja so takper klu pegi dekat2 bulan 12

      Like

  8. Assalam. Apa maksud single entry hingga multiple entry.
    Saya dan 3 org ank akn ke sana…jadi apakah pilihan yg perlu saya ambil?

    Like

  9. Hiii…sy pergi beijing 22.12.2017…. saya hanya berdua…ada tak korang pergi sama tarikh dengan saya..sebab sy nk join dengan anda…macam takut jer bilaa pergi berdua ni…ade salji turun tak di beijing masa tu????

    Like

  10. Sy sdg tggu masa utk ke ofis visa jet di KL ni…
    Skrg x ada book tiket lagi…sb tak tahu wajib booking tiket…
    ….
    Klau cik azura boleh reply melalui wAp, sgt bagus…sb sy boleh communicate terus..
    018-971 4556
    Hj mat daud

    Like

  11. Mcmna nak dpt hotel di shanghai, china..
    Hotel murah/sderhana laah..1 bilik sj..
    Tiket sy dah ada.. kul – shanghai 8.5.17
    & Balik 15.5.17
    Sy pergi utk seminar jer…
    Tolong yeh..bg info..

    Like

  12. Salam … sy ada booking hotel … tp tak pasti nak beli tiket flight balik sbb mcm klau ok nak stay lama sikit plus beberapa hr lg … tiket masuk ke china …sy akan masuk dari jln keretapi dari vietnam jd beli tiket di sana aja … agak2 boleh lepas tak ..

    Like

    1. Wsalam… klu masuk China bukan dari malaysia mungkin ada cara lain apply visa. Saya cadangkan call/email office ni utk details. Sebab kebanyakan backpacker yg jalan dari satu negara ke negara lain diaorg apply visa bukan dari malaysia.

      Like

      1. Saya buat itineary perjalanan dari Malaysia ke Thai ke Kemboja ke Vietnam masuk ke China ..beserta booking2 hotel d tempat2 berkenaan . Juga tiket flight balik ke KLIA2 .. Rasanya ok tak klu sy submit itineary tersebut sbgi support dokumen .

        Like

      1. officer dia akan tanya apa apa soalan tak? guarantee tak visa diluluskan if all documents presented well? risau betul nak book flight & first time nak apply visa.

        Like

Leave a Reply