Cara-cara Buat Tempahan Kereta di Jeju Island

Aku bukanlah pakar sgt pasal Korea, sekadar nak share apa yang aku tahu dan mungkin ada yang lebih arif dari aku.  Entri ni aku nak share cara2 nak buat tempahan kereta sewa di Jeju.  Hopefully sedikit sebanyak dapat memberi manfaat bagi yang nak ke Jeju.  Roadtrip adalah cara yang terbaik untuk travel di Jeju.

P/s: maklumat ini masa aku booking kereta bulan Sept 2015. So kalau proses berubah selepas tu saya mohon maaf.

*****************

As at 18 Sept 2017

Boleh cuba sewa dengan orang Msia yang buat service kereta sewa di Jeju. Saya tidak pernah guna service saudara ni tapi sekadar share kalau ada yang nak cuba. Boleh tengok IG @keretesewajeju.

************************


Apa yang perlu saya buat sebelum buat tempahan kereta?

–> Mohon International Driving Permit (IDP)

Lesen memandu Malaysia tidak boleh digunakan di Korea Selatan.  So kalau nak sewa kereta, kita perlu mohon IDP di JPJ.  Boleh pegi mana2 pejabat JPJ untuk buat permohonan, setengah hari Insya Allah settle tak perlu test drive pun.

Dokumen yang diperlukan;

a. MyKad/Passport asal dan salinan

b. 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm

c. Lesen memandu asal dan salinan (tarikh luput lebih setahun)

Bayaran untuk IDP ni sebanyak RM150 dan sah untuk tempoh 1 tahun.  Kalau pegi dalam group aku cadangkan korang kongsilah kos IDP ni, sekurang2nya kawan kita yang drive nanti tak rasa terbeban bila nak apply IDP.

Bila dah siap IDP, bolehlah proceed untuk tempahan online.  Kalau baca mana2 travel blog kebanyakannya menyewa di KT Kumho.  Tapi sekarang KT Kumho di kenali sebagai Lotte Rent A Car.  Boleh aje kalau nak sewa kat syarikat lain tapi entri aku ni fokus pada tempahan melalui Lotte Rent A Car.

Nota: online booking hanya boleh dibuat 2 bulan sebelum tarikh lawatan.

  1. Daftar sebagai Member

Perlu ke daftar? Boleh aje kalau nak booking as a guest.  Cuma bila jadi member, boleh dapat diskaun up to 60% atau lebih.  Aku ada terbaca ada yang dapat 75%, aku plak dapat 65% dskaun.  Bagi traveller yang bajet tak banyak memang berbaloi, dapatlah juga harga murah skit.  Lagipun registration ni free aje bukan kena bayar pun.

Klik ‘Register Now’ kat leftbar website. Maklumat yang perlu ada selain dari maklumat peribadi ialah No Passport dan No IDP.

Bila dah selesai register, login dulu sebelum buat tempahan.

2.  Quick Booking

Pilih tab ‘Jeju Book a Car’ dan masukkan tarikh/masa pickup, tarikh/masa return.  Bagi dropdown Pickup Branch dan Return Branch pilih Jeju.

booking1

3.  Booking Details

Booking Details page bila tekan butang ‘Quick Booking’

Langkah 1: Pastikan tarikh/masa pickup dan return kereta adalah betul.

Langkah 2: Pilih pickup branch (pilihan aku ialah Jeju Auto House).

Langkah 3: Pilih return branch (pilihan aku ialah Jeju Airport)

Langkah 4: Pilih jenis kereta yang nak disewa samada compact/SUV/MPV (pilihan adalah berdasarkan berapa org dalam group)

Langkah 5: Pilih model kereta (gambar kereta akan dipaparkan)

Langkah 6: Pilih opsyen CDW (pilihan aku Zero Excess)

Langkah 7: Pilih opsyen lain seperti GPS atau baby seat (pilihan aku GPS in English)

Bila dah buat semua langkah2 diatas, jumlah sewa akan dipaparkan.  Contoh dalam gambar tu, jumlah sewa 2 hari yang perlu dibayar ialah KRW84,500 selepas dapat diskaun sebanyak KRW102,700.

Kalau dah puas hati dengan semua booking details then boleh submit form.

4.  Cetak Reservation Details

Bila dapat page ni klik Reservation No
Print reservation details. Page ini diperlukan masa nak pickup kereta nanti.

So selesai dah buat tempahan kereta secara online. Senang kan? Bayaran hanya akan dibuat masa pickup kereta.  Make sure print slip reservation ya.

NOTE: payment hanya boleh dibuat mengguna credit card atau debit card Driver shj ya. Utk debit card please make sure activate overseas transaction ya.

Macam mana nak pegi Jeju Auto House untuk pickup kereta dari Jeju Airport?

Perbezaan tempahan Guest vs Member?

  1. Jumlah insurans :- Zero Excess (Member) KRW19,200, manakala Zero Excess (Guest) KRW24,000
  2. Harga sewa 2 hari (selepas tolak diskaun) :- Member KRW84,500, manakala Guest KRW97,200
  3. Jumlah diskaun :- Member KRW102,700, manakala Guest KRW94,800

**Perbezaan ini berdasarkan contoh sewa selama 2 hari. Kemungkinan terdapat perbezaan yang ketara sekiranya sewa lebih dari 2 hari, aku pun tak sure.  Kalau ada sesiapa yang nak share perbezaan lain bolehlah inform.

Aku harap entri ni boleh jadi panduan bagi sesiapa yang nak buat tempahan kereta sewa di Jeju.  Jangan takut nak drive sebab kalau betul2 nak enjoy visit di Jeju, drive sendiri paling best.  Lagipun had laju kat Jeju 70km/jam dikebanyakan tempat.

Masa aku pegi Jeju tahun 2011 dulu takde opsyen English GPS.  Alhamdulillah wpun bercakap macam ayam dan itik tapi most of Korean yang kitaorg jumpa mmg sangat baik hati tolong kitaorg key in location kat GPS yang berbahasa Korea. In case kalau korang tak dapat English GPS apa yang korang kena buat, listkan senarai tempat yang korang nak visit, lepas tu minta tolong staff kat guesthouse atau kat airport yang boleh cakap English utk tulis nama2 tempat tu dalam bahasa Korea.  Bila nak minta tolong key in dalam GPS just tunjuk nama tempat yang dah ditulis dalam Korea. Kat parking mesti jumpa org Korea so masa tulah kita cakap mcm ayam dan itik sebab nak minta tolong key in location. 🙂

Enjoy your trip @Jeju and drive carefully….

82 comments

  1. Assalam sis, saya akan ke jeju hjg bln 6 ni n tgh survey pasal kereta sewa kat sana. Sy baca blog sis, sis pilih zero excess utk insurance coverage. Boleh saya nak tahu beza zero excess and full waiver.
    Tq

    Like

    1. Wsalam… zero access maknanya klu ada byrn extra masa buat claim insurance kita tak perlu byr. Rental company yg akan byr. Klu berlaku apa2 kdg2 claim melebihi apa yg insurance cover. X sure beza full waiver apa.

      Like

  2. Assalam kak. Nak tanya, apa yang kita perlu buat bila nak pulangkan semula kereta sewa? Adakah lokasi Jeju airport lagi convenient daripada Jeju branch?

    Like

    1. Salam…
      Klu ikut jeju airport memang lagi convenient. Cuma akak tak sure skrg mcm mana sebab ada dengar yg majoriti car rental ambik kat luar jeju airport. Company car rental provide transport dr airport ke company.

      Like

  3. Salam, hai, thank you for sharing.
    saya nak tanya, kan siapa member ada dapat discount, lepastu, saya ada dapat voucher discount, so dia akan kira, harga lepas 2 kali discount kan ? and saya akan ke jeju 12 feb ni, kalau minggu ni saya tempah still available je kan ?

    Like

    1. Wsalam.
      Terima kasih audi baca blog saya.
      Pasal voucher diacount tu saya kurang arif tapi logiknya mmg akan dpt 2kali diskaun.
      Tempahan slalu dibuk 2 bulan sebelum date ke jeju. So insya Allah boleh tempah lagi tapi depends pada availability kereta.
      Hopefully sis dapat tempah and enjoy ur trip kat jeju.

      Like

    2. Ellya, saya nak tahu juga tu. Awak guna voucher DKYW tu ke? Jadi, boleh ke dapat diskaun lagi sedangkan masa register pon dapat harga member?

      Like

  4. assalamualaikum,
    sy dh register kat lotte rent car, masa nk booking lepas register tu..tiba2 hang pula pc.. so sy try log in semula tapi tak boleh, depa minta register .. tapi bila sy nak register depa kata dh already members pula.. boleh ke register member orang lain tapi tuk bayaran guna credit card & driver orang lain?

    Like

  5. nak tanya, yang tu mmg the cheapest car ke? nak usha and compare harga xdapat la pulak sbb xda lg license international utk register..

    Like

  6. Assalamualaikum.
    Saya akan ke jeju sampai dalam 17/5 5.30pm dan akan balik pada 20/5 pukul 8.30am.
    Adakah saya perlu pick up kereta pada 17/5 atau 18/5 keesokkannya.. dan pada 20/5 tu diaorg boleh terima pulang pg2 ia.. kalau pick up hari sampai tu. Ada ke kawasan yg perlu dilawati dh kul 5 lebih tu..
    Saya juga nak bayar pakai kad kredit tp bukan saya yg drive. Mmg tak boleh ke

    Like

    1. Better return kereta 19hb petang. Pickuo kete takper petang tapi tak boleh kemana, terus ke guesthouse dan rest. Keluar jalan2 pagi2 esoknya.
      Klu ikutkan kena guna driver punya kad tapi sampai sana boleh try

      Like

  7. salam. kalau nk sewa kereta kt kumho bayar kena guna kredit kad driver ke?
    lepas tu saya register member kt kumho guna pasport num saya. driving license org lain. akan jadi masalah ke? nanti nk bayar pun guna kredit kad org lain

    Like

    1. Wsalam… tak pasti asa problem ke tak. Sebab saya mmg guna nama driver all the way dr register, booking kete dan payment. Better tanya kumho coz takut nanti tak boleh pickup kete plak.

      Like

  8. Salam sis.. Kat ats sis ad mention kena book 2 bulan awal kan. Tapi kalau kes mcm sy ni yg baru nak book n mg depan dh nak fly ke sana boleh ke lagi? Pastu sis.. Sy mmg xde krdit kad.. Kalu guna debit kad kan brp byk ye perlu ada amaun dlmnya.. Kami cuak dh sbb mg depan dh nk p.. Hope sis dpt tolong. 😃

    Like

    1. Wsalam… 2 bulan awal tu maknanya paling awal boleh book 2 bulan sebelum date. So klu next week still boleh. Hopefully still ada kereta yg available. Insya Allah.
      Boleh guna debit card plus make sure tukar limit transaction ya. Berapa banyak kena ada make sure cukup utk bayar duit sewa.

      Like

      1. Nanti bila nak pickup kereta baru swipe debit card tu kat opis rental. Amount depend total harga sewa then lepas tu tukar ler limit transaction lebih skit dr jumlah sewa. Pasal debit ni boleh tanya bank klu nak tau details.

        Like

      2. Sis.. Maaf sbb tanya banyak soalan.. Tp sis byk tolong sy ni.. Hehe.. Sis boleh tak nak tahu apa beza “book a car” dengan “jeju book a car” sebab saya terclick “book a car” 😂😂😂

        Like

      3. Takper… saya cuba jawab setakat yg mampu 😊
        Actually dua2 tu xde beza, cuma klu jeju book a car tu spesifik utk jeju aje. Klu pilih book a car, jeju still dlm list cuma ada tempat2 lain gak dlm dropdown tu. So just pilih jeju ya.

        Like

    1. Wsalam…
      Saya stay kat Yeha Guesthouse. Guesthouse ni dkt gan airport. Jeju agak besar sebenarnya… klu nak cari kat area ilchubong pun boleh.

      Saya suka Yeha sebab muslim friendly. Senang nak masak.

      Like

  9. Assalam..apa option selain dari driving di Jeju..saya tengok perkhidmatan bas dan teksi agak mahal disana…convenience teksi tapi sehari kalu kami 5 orang dalam RM146.00 sehari agak mahal. Kecuali bleh cover 1 pulau. Tapi operator teksi tu suggest 2 hari utk cover 1 pulau east dan esoknya west…terima kasih

    Like

    1. Wsalam… Personally option lain agak mahal. Saya rasa mmg the best option drive sendiri. Or else boleh explore JejuMuslimTravel. Boleh check IG diaorg. Jejumuslimtravel handle by malaysian yang stay kat jeju. Diaorg boleh buat private tour.

      Like

  10. Hi Azura,

    Nak tny skit.. diorang ada sediakn egg wifi tak? sbb sy tgk xde option pon utk nak request eff wifi.. tq.. 🙂

    Like

      1. Klu ‘travel recommends’ boleh pickup kat klia. Dah try google? Klu tak google aje ‘pocket wifi seoul’ so nanti ada cara nak sewa kat seoul dan ada yg boleh pickup kat airport incheon.

        Terpulang nak yg mana samada malaysian company or korean company.

        Like

  11. Assalamualaikum Azura. Saya dah beli tiket ke Jeju from Gimpo 26 – 28 Nov 2016. Memang cadang nak sewa kereta sepanjang tempoh tu. Boleh cadang tempat yang wajib pergi kat Jeju. Thanks for the informative info. Memang berguna sangat. 😊

    Like

    1. Waalaikumussalam Asmarina..
      Alhamdulillah dan saya happy klu info saya dpt beri manfaat atau membantu Asmarina. Tempat wajib pegi ni depends pada apa yg sis suka actually.
      Saya nature lover so setiap kali ke Jeju mmg saya akan fokus pada nature. Klu nak tengok tempat yg aaya pegi boleh baca kat entri ni https://azuratravelogue.wordpress.com/2015/11/29/dautumn-trip-2015-jeju-island/

      Tapi nanti masa pickup kereta boleh tanya booklet pasal jeju, kat dlm booklet tu ada semua tempat yg menarik.

      Like

      1. Azura, kawan saya cuba try register tarikh kat website lotte rent a car, tapi tempahan hanya boleh buka sampai Jun 2016 je. Maybe kena try kat bulan September kan? Memandang saya pergi hujung bulan November 2016. Saya kena renew saya nyer passport n dptkan international driving licence baru dpt tempah kereta kat Jeju ke?

        Like

      2. Maybe sis… Saya pun tak sure sebab mayb saya booking timing tak terlalu awal. Mayb website allow booking 2 months before.
        Yup, renew passport IDP dulu before booking.

        Like

  12. hai nak tanya jugakla,masa nak hantar kereta sewa tu semula kena hantar ke jeju auto house ke blh hantar kat airport je trus?..sbb plan lpas hantar kereta trus naik flght ke busan..

    Like

      1. oo tenkiu,hari tu azura pn drop kt aiport je trus kan?..memeng die ada tempat utk pulangkan kereta area airport la ni ea?

        Like

      2. Aah saya hantar kat airport tapi kitaorg sampai lewat skit dr time yg dijanji so kitaorg parking aje. 😀😀 Lepas tu kitaorg drop kunci kat kaunter lotte-rent-a-car di airport.

        Like

      3. Sori taya lagi.. yg travel recommends tu ok ke guna kat jeju? since saya xpegi seoul.. saya pegi busan dgn jeju je. Kebanyakan yg saya jmpak pickup kat Seoul saja.

        Like

    1. azura..sorri tanye lagi..sy dah book,tpi confuse ‘licence type,
      licence type yg kt lesen malaysia kite tula kan,sy pnye D..sbb kt permit international ada tanda gred B (utk jum pnumpng)

      Like

  13. Salam, sy nak tanya..
    Saya tgk dlm website Lotte tu dia tulis “The international driving permit must have been issued at least one (1) year prior to the rental date” as one of the regulations. Tapi international permit kita untuk setahun je kan pastu expired, so macam mana tu.. huhu.. Ke dia maksudkan lesen memandu kite kna valid lagi setahun? Thanks.

    Like

  14. Salam.. jeju auto house dengan jeju airport jauh ke? Mana lebih senang kalau nak pickup kereta awal pagi kalau stay downtown jeju malam sebelumnya? Thanks.

    Like

    1. Wsalam
      Dr airport tak jauh sgt dan dr airport ada shutlle bus provided by jeju auto house.
      Klu guesthouse dkt dgn airport pickup kat airport atau sewa kat jeju auto house pun ok. Cuma dr guesthouse senang klu naik teksi utk ke pickup point.

      Like

  15. xda..nk try minta tlg boss la (tudia mcm tu skali) yaa jeju mmg best, tgk review2 pn mmg wah wah..mmg rugi la klu xpegi. btw thanks yea sudi reply 🙂

    Like

      1. Assalamualaikum azura.. sis yang gune debit card tu mmg boleh ke..sbb sy pon xde cc jugak ni..2 minggu lagi nak pergi.

        Like

Leave a Reply