Weekend Getaway: Melaka

12 – 13 Sept 2015

Aku ke Melaka atas urusan keje sebenarnya tapi alang2 dah sampai, sempat juga singgah 2/3 tempat. Cuma kali ni takde rezeki nak ambik gambar view cantik, jerebuuu.

Aku stay kat Swiss Garden Hotel & Residences. Tempat ni baru gaklah. Bilik dan lokasi mmg best, dekat gan riverside Melaka.

 

inilah swiss garden hotel & residence dari riverside

 

 

view dari depan. ada mall gak kat sini

 

deluxe room

 

Cuma yang tak bape best, dinding toilet adalah kaca. Alhamdulillah bukan see through 100% hihihihi

Swimming pool dan gym hotel ni mmg sangat awesome! Kalau bawa anak memamg best… Aku snap bhgn kanak2 aje. Actually swimming pool dia sangat luas siap ada jacuzzi.

dari atas

 

dekat skit

 

kat bhgn tepi pun ada swimming pool

 

jacuzzi

 

Tanpa keluar dari bangunan ni, ada 2 tempat yg korang boleh visit; The Shore Melaka Sky Tower dan The Shore Oceanarium.  Aku pegi Sky Tower aje. Nanti aku share ya pasal Sky Tower.
Kalau nak booking boleh tengok details kat bawah.

T2-4, The Shore @ Melaka River, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75300 Melaka Tengah, Melaka, Malaysia

Tel : 606 – 288 3131 Fax : 606 – 288 3377 Email : resvns_sghrm@swissgarden.com

 

The Pirate Adventure

 

tiket beli kat matta fair, rm15. valid sampai ogos 2016


kat entrance depan

Waktu operasi kalau weekend dan public holidays; 10am sampai 9.30pm. Kalau weekdays sampai pukul 7pm aje.
Kat mana?

Sebelah dengan Dataran Pahlawan, berhadapan dengan Afamosa.  Boleh visit website Melaka Alive for details.

 

kapal lanun

 

dalam laut

aku kayaaaaa

 

jangan ambikk… ada penjaga tau emas ni.

 

tengah gali lubang nak tanam harta karun

 

takuttttt

hi kapten!

  

Not bad lah tempat ni. Siap terkejut2 lagi 😅😅😅  Bagi sesiapa yg ada sakit jantung mayb tak digalakkan.

 

Melaka Walking Tour

Lepas tu aku pun jalan2 sekitar Bandar Hilir.

 

afamosa… pirate adnventure depan afamosa

 

boleh naik beca kalau malas nak jalan kaki pusing bandar

 

bangunan belanda

 

the mural, art street

 

“hi there!, having fun in melaka?”

 

posing jap kat tangga ☺️☺️☺️

 

jonker walk… aku tak pegi pun just tgk dr jauh

 

riverside

 

suka tgk guesthouse ni

 

another mural

 

melaka cruise and another mural

 

keep walking

 

dah nak sampai hotel dah… swiss garden dekat gan melaka eye

 

Malam tu aku dinner kat Umbai Medan Bakar.

The Shore Melaka Sky Tower

Actually view point ni baru buka juga. Boleh tgk view Melaka cuma aku takde rezeki nak snap gambar cantik, jerebu.

 

melaka yg dipenuhi jerebu

 

Klu korang gayat kena pikir betul2 klu nak naik Sky Tower ni. Aku pun gayat gak tapi semangat nak cuba tu lebih kuat.
Sky Tower ni terletak kat Swiss Garden Residences Tower 1, naik sampai level 41. Lepas tu naik lagi satu lif ke level 43. Kaunter tiket ada kat level 43 dan harga tiket RM18 sorang.


  

kolam ikan dari bawah

 

kalau walkaway ni kaca mau aku tak bergerak

 

 

dah sampai atas

 

kolam ikan

 

klu berani boleh ambik gambar tapi tak boleh guna kamera sendiri

 

klu berani sila berdiri kat sini hehehe

 

since tak boleh ambik gambar full guna kamera sendiri, aku ambik gambar kaki aje. kecuttt perut konon cam berani

Sayang sangat sekarang jerebu melanda Msia especially bhgn selatan. Nak merayau  lama2 pun udara tak sihat. Alhamdulillah dapat juga aku pegi tempat yg tak pernah pegi kat Melaka.

C u in my next journey, insya Allah. 💞💞

3 comments

Leave a Reply